‘In the Name of God, Most Gracious, Most Merciful. By Time, indeed humanity is in a state of loss. Except those who believe and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of truth and in the mutual teaching of patience’ (Surah al-`Asr, 103:1-3)


"Professional Architect lives almost by faith. When called upon he can do the job without fear or favour. He possesses aspecialized skill and lives by a code of ethics cloaked in honour and integrity. He is expected to speak his mind and give his views. When faced with absolute wrong, he can resolutely disagree and walk away."
quote from THE PROFESSIONAL MAN by Ar Dr Tan Loke Mun PRESIDENT PAM

Friday 14 October 2011

Pencemaran Alam Sekitar

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim,
Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh
,

Sebelum kita membicarakan topik tentang pencemaran alam sekitar ini, mari kita sama-sama melihat video dibawah ini terlebih dahulu. Renung-renungkan..




"Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita". Begitulah sebahagian daripada kata-kata Ketua Seattle sebagai salah satu Rujukan yang digunakan oleh penceramah dan aktiviti alam sekitar di seluruh dunia Perihal Pentingnya Pemeliharaan alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap manusia, masyarakat atau penduduk yang tinggal bumi ini.

Apa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat pelbagai kesan negatif yang terjadi kepada alam sekitar yang dahulunya bersih daripada segala pencemaran atau sesuatu yang mengganggu ekosistem manusia dan hidupan yang lain. Pencemaran bermaksud sesuatu perubahan secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan bahan-bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan yang berfaedah, yang menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan, keselamatan, atau kebajikan awam atau kepada binatang,hidupan-hidupan liar,akuatik atau tumbuh-tumbuhan.

Masalah pencemaran seperti pencemaran air,tanah,udara sentiasa menghantui pemikiran manusia tetapi segelintirnya hanya memejam sebelah mata sahaja. Manusia sebagai khalifah di bumi ini seharusnya mengambil berat terhadap masalah ini dan bukannya menambahkan lagi beban hidup masyarakat yang akan datang. Seperti yang kita ketahui,pencemaran boleh diklasifikasikan kepada empat jenis yang utama iaitu:-
1.Pencemaran Udara

2. Pencemaran Air
3. Pencemaran Tanah
4. Pencemaran Bunyi


PENCEMARAN UDARA
Pengenalan Kepada Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan yang menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal.




Kesan–Kesan Pencemaran Udara
1. Kesan terhadap Kesihatan Manusia
Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali.

2. Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan
Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan.

3. Kesan Terhadap Haiwan
Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Sebagai contoh, di Poza Rica, Mexico, sekumpulan burung kenari, ayam, itik, lembu, khinzir angsa dan anjing telah mati akibat terdedah kepada sulfur dioksida (SO2) yang dilepaskan ke udara oleh sebuah loji penapisan pada tahun 1950. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan–bahan toksid yang terdapat di dalam udara.

PENCEMARAN AIR
Pengenalan Kepada Pencemaran Air

Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehinnga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizik18. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantai dan lain-lain secara sengaja atau tidak sengaja. Punca utama yang menghasilkan pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang-kilang yang berdekatan dengan sumber air tersebut.

 
Kesan-Kesan Pencemaran Air

1. Kesan Terhadap Kesihatan Manusia
Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air, tersebut mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan daripada hidupan air.

 2. Banjir
Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai. Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku.

3. Sistem Air Bawah Tanah Tercemar
Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai.

PENCEMARAN TANAH
Pengenalan Kepada Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahan pencemar ini terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akan bertukar warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu. 


Kesan-Kesan Pencemaran Tanah

1. Penyebaran Kuman-Kuman Penyakit
Tikus, lipas dan lalat dan haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.

2. Kerosakan Tanah dan Kualitinya
Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh- tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. 

3. Hakisan Tanah
Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi.

PENCEMARAN BUNYI
Pengenalan Kepada Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi adalah keadaan dimana sesuatu bunyi itu tidak disukai kerana memberi ketidakselesaan terhadap pendengaran. Secara saintifik, ia didefinisikan sebagai signal yang tidak memberi apa-apa informasi dan kekuatannya berubah secara mendadak dari masa ke semasa. Pencemaran bunyi berpunca daripada kenderaan, perindustrian, pembinaan, persekitaran dan sebagainya.


Kesan-Kesan Pencemaran Bunyi

1. Masalah Pendengaran Manusia
Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal.

2. Menggangu Persekitaran
Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persikitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwan juga akan merasa takut dan berasa terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan member masalah kepada manusia juga.

KESIMPULAN

Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk terhadap dunia pada masa kini. Kejadian hakisan tanah, kesan rumah hijau, penipisan ozon adalah antara kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang serius dan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih kritikal. Manusia dan juga hidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini. Manusia memerlukan bahan makanan. Sekiranya sumber makanan dicemari, maka tiadalah sumber makanan untuk manusia.

Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar dan berusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran serta berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup masa hadapan.

Untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci, klik DISINI

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran
              http://sarjana.tripod.com/cemar1.html
              http://leekitkit.blogspot.com/2009/09/kesan-kesan-pencemaran-alam-sekitar.html

Apakah Ekologi?

Sebelum kita jauh membahas tentang ekologi sebaiknya kita mengenal terlebih dulu tentang ekologi itu sendiri.

Apakah Ekologi?:

Ekologi adalah cabang ilmu pengetahuan yang mempelajari tentang hubungan makluk hidup dan lingkungannya. Bumi memiliki banyak sekali jenis-jenis makhluk hidup, mulai dari tumbuhan dan binatang yang sangat kompleks hingga organisme yang sederhana seperti jamur, amuba dan bakteria. Meskipun demikian semua mahkluk hidup tanpa kecuali, tidak boleh hidup sendirian. Masing-masing bergantung pada mahkluk hidup yang lain ataupun benda mati di sekelilingnya. Misalnya seekor kijang memerlukan tumbuh-tumbuhan tertentu untuk makanan, jika tumbuhan di lingkungan sekitarnya rosak, maka kijang tersebut harus berpindah atau mati kelaparan. Sebaliknya tumbuhan untuk hidup juga bergantung pada binatang untuk memenuhi keperluan nutrisinya. Kotoran binatang, bangkai binatang mahupun tumbuhan, menyediakan berbagai nutrisi yang bermanfaat bagi tanaman.

Untuk maksud yang lebih mendalam, ekologi adalah ilmu yang mempelajari interaksi antara organisme dengan lingkungannya dan yang lainnya. Berasal dari kata Yunani oikos (“habitat”) dan logos (“ilmu”). Ekologi diartikan sebagai ilmu yang mempelajari baik interaksi antar makhluk hidup maupun interaksi antara makhluk hidup dan lingkungannya. Istilah ekologi pertama kali dikemukakan oleh Ernst Haeckel (1834 – 1914). Dalam ekologi, makhluk hidup dipelajari sebagai kesatuan atau sistem dengan lingkungannya.
Pembahasan ekologi tidak lepas dari pembahasan ekosistem dengan berbagai komponen penyusunannya, iaitu faktor abiotik dan biotik. Faktor abiotik antara lain suhu, air, kelembaban, cahaya, dan topografi, sedangkan faktor biotik adalah makhluk hidup yang terdiri dari manusia, haiwan, tumbuhan, dan mikroba. Ekologi juga berhubungan erat dengan tingkatan-tingkatan organisasi makhluk hidup, iaitu populasi, komuniti, dan ekosistem yang saling mempengaruhi dan merupakan suatu sistem yang menunjukkan kesatuan.

EKOSISTEM 
Sebuah ekosistem adalah level paling kompleks dari sebuah organisasi alam. Ekosistem terbentuk dari sebuah komuniti dan lingkungan abiotiknya seperti iklim, tanah, air, udara, nutrien dan energi. Ahli ekologi sistem adalah mereka yang mencuba menghubungkan bersama beberapa perbezaan aktiviti fizik dan biologi di dalam suatu lingkungan. Penelitian mereka seringkali terfokus pada aliran energi dan perputaran material-material yang ada di dalam sebuah ekosistem. Mereka biasanya menggunakan komputer yang canggih untuk membantu memahami data-data yang dikumpulkan dari penelitian di lapangan dan untuk meramalkan perkembangan yang akan terjadi.

Aliran Energi
Para ahli ekologi mengkategorikan elemen-elemen yang membentuk atau yang memberi kesan pada sebuah ekosistem menjadi 6 bahagian utama berdasarkan para aliran energi dan nutrien yang mengalir pada sistem:
1. Matahari
2. Bahan-bahan anorganik
3. Produser
4. Konsumer Pertama
5. Konsumer Kedua
6. Pengurai
Sebuah ekosistem yang sederhana dapat digambarkan seperti berikut. Matahari menyediakan energi yang hampir diperlukan semua produser untuk membuat makanan. Produser terdiri dari tanaman-tanaman hijau seperti rumput dan pohon yang membuat makanan melalui proses fotosintesis. Tanaman juga memerlukan bahan-bahan abiotik seperti air dan pospor untuk tumbuh. Yang termasuk konsumer pertama diantaranya tikus, kelinci, belalang dan binatang pemakan tumbuhan lainnya. Ular, macan dan konsumer kedua lainnya atau yang biasa disebut dengan predator adalah pemakan binatang. Pengurai seperti jamur dan bakteria, menghancurkan tanaman dan binatang yang telah mati menjadi nutrien-nutrien sederhana. Nutrien-nutrien tersebut kembali ke dalam tanah dan digunakan kembali oleh tanaman-tanaman.

Untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci, klik DISINI

Sumber : http://id.merbabu.com/artikel/ekologi.html
              http://devoav1997.webnode.com/news/pengertian-ekologi-dan-konsep-ekologi/

Thursday 13 October 2011

Ayat Pembuka Bicara

photo

Kata-kata pembuka Prof. Abdus Salam dalam setiap Pidato-pidatonya

Sumber dari Buku : "Muhammad Abdus Salam, Renaissance of Sciences In Islamic Countries, edited by H R Dalafi & M H A Hassan (ICTP) "