‘In the Name of God, Most Gracious, Most Merciful. By Time, indeed humanity is in a state of loss. Except those who believe and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of truth and in the mutual teaching of patience’ (Surah al-`Asr, 103:1-3)


"Professional Architect lives almost by faith. When called upon he can do the job without fear or favour. He possesses aspecialized skill and lives by a code of ethics cloaked in honour and integrity. He is expected to speak his mind and give his views. When faced with absolute wrong, he can resolutely disagree and walk away."
quote from THE PROFESSIONAL MAN by Ar Dr Tan Loke Mun PRESIDENT PAM

Saturday 17 December 2011

Hijau | Green


Warna hijau melambangkan subur, hidup & tenang. Mengingatkan aku deretan pokok menghijau sepanjang jalan melalui hutan simpan Endau-Rompin. Pokok tumbuh rapat bagai membumbungi jalan. Rasa puas bila menarik nafas penuh udara segar. Merenung ke hutan. Seolah ada mata yang merenung kembali.

Hayyun atau Yang Hidup. Salah satu sifat Allah.

Maksud sebenar Hijau...

Hijau ialah warna yang biasa dinampak dalam alam semula jadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan berwarna hijau, terutamanya kerana tumbuh-tumbuhan mempunyai klorofil, sejenis sebatian yang terlibat dalam proses fotosintensis.

Cahaya hijau mempunyai panjang gelombang di sekitar 520–570 nanometer, dan dianggap sebagai salah satu daripada warna primer tambahan. Hijau ialah warna pelengkap untuk warna magenta; lebih tepat, warna hijau.

Kaitan Hijau dalam arkitektur...

Arkitektur hijau adalah suatu pendekatan perancangan bangunan yang berusaha untuk meminimalisasi pelbagai pengaruh membahayakan kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Untuk pemahaman asas senibina hijau yang berterusan, termasuk di antaranya landskap, interior, dan segi seni binanya menjadi satu kesatuan. Dalam contoh kecil, seni bina hijau boleh juga diterapkan di sekitar lingkungan kita.


Konsep bangunan hijau adalah bangunan dimana di dalam perancangan, pembangunan, pengoperasian serta dalam pemeliharaanya memperhatikan aspek-aspek dalam melindungi, mengurangi penggunaan sumber daya alam, menjaga mutu baik bangunan mahupun mutu dari kualiti udara di dalam ruangan, dan memerhatikan kesihatan penghuninya yang semuanya berdasarkan kaedah pembangunan berterusan.

Untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci, klik DISINI

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hijau

No comments:

Post a Comment